Ramai yang meragui pengiraan khasiat makanan boleh membantu mengurangkan berat badan.
Namun buat pemenang anugerah Grammy baru-baru ini Sam Smith, dia menyatakan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam masa 14 hari sahaja dengan mengikut panduan dalam sebuah buku.
Menurut penyanyi lagu I’m Not The Only One itu, dia berasa terhutang budi kepada terapis pemakanan dan juga penulis buku Eat Nourish Glow iaitu Amelia Freer.
Menerusi laman instagram penyanyi itu, dia menyarankan peminat-peminatnya atau sesiapa sahaja yang mahu tubuh badan sihat agar membeli buku berkenaan.
Sam sangat berterima kasih kepada Amelia akan perubahan dirinya dan berasa sangat gembira.
Bagaimanapun kami percaya, hasil dicapai Sam Smith sekarang turut disumbangkan usahanya yang rajin dan komited ke gym sebagaimana dapat disaksikan pada gambar-gambarnya di laman Instagram.
0 Response to "Sam Smith Dedah Rahsia Turun Berat Badan 14kg Dalam 14 hari !!"
Post a Comment