Misteri Disebalik Keindahan Sungai Tanpa Hulu Sungai






Air biru yang tenang, pokok-pokok kelapa dan batu-batu di sekitar, membuat sungai ini kelihatan sangat indah. Namun, di sebalik keindahannya, sungai itu juga menyimpan misteri.


Sungai ini bernama Hinatuan yang terletak di Mindano, Filipina pastinya menyimpan beribu misteri.

Beberapa pakar mengatakan bahawa sumber air yang mengairi sungai itu belum di ketahui darimana datangnya. Bahkan, beberapa orang berpendapat sungai terbesar kedua di rantau ini tidak mempunyai sumber air.

Ini sebabnya mengapa banyak tempatan terdahulu memberi gelaran sungai tersebut sebagai sungai ajaib. Menurut cerita penduduk tempatan, Sungai Hinatuan dicipta oleh pari-pari cantik untuk dijadilkan tempat tinggal mereka. Air sungai itu masin dan mengalir melalui terowong panjang dan gua-gua di dalam tanah.

Keindahan dan cerita di sebalik sungai itulah yang membuat sungai ini menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular di Fillipina. Biasanya mereka datang untuk berenang menikmati kesegaran air sungai. Kedalaman sungai yang mencapai 50 kaki juga menjemput pengunjung untuk ber-snorkeling.

0 Response to "Misteri Disebalik Keindahan Sungai Tanpa Hulu Sungai"