Adakah anda termasuk dalam golongan orang yang akan tidur semula selepas menunaikan solat subuh? Kalau jawapan anda ya, kami yakin anda bersetuju jika kami katakan anda akan lebih letih selepas bangun daripada tidur.
Pegawai perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad memberitahu tidur semula selepas subuh sebenarnya akan mengganggu pusingan biologi dalam badan lantas menambahkan keletihan seseorang.
Ia berlaku berikutan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Namun, jika rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba iaitu dengan tidur semula selepas Subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
Justeru, adalah lebih baik jika anda tidak tidur selepas Subuh, sebaliknya melakukan aktiviti lain bagi mengisi masa sebelum ke tempat kerja.
Bagaimanapun, jika anda benar-benar perlukan tidur, Dr. Zubaidi mencadangkan agar anda memperuntukkan 30 minit sebelum Zohor untuk melelapkan mata
0 Response to "Mengapa Anda Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?"
Post a Comment