KUALA LUMPUR: Kurang dua bulan dilahirkan, bayi yang mengidap penyakit kecacatan di muka dan tengkorak kepalanya yang dikenali Crouzon Syndrome, Muhammad Adam Hamka benar-benar memerlukan pembedahan agar wajahnya kembali seperti kanak-kanak lain.
Datuknya, Abdul Malek Ismail berkata, Adam perlu menjalani pembedahan rumit dalam masa terdekat oleh beberapa pakar bedah otak dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Tolonglah bantu cucu saya, dia perlu pembedahan segera dan saya benar-benar mengharap simpati orang ramai untuk memastikan pembedahannya dapat dilakukan dalam masa terdekat.
"Saya perlu sumbangan orang ramai dan mahu melihat Adam dapat bermain seperti kanak-kanak lain. Kasihan apabila melihat dia terlantar dan menanti sumbangan agar pembedahan dapat dibuat oleh pakar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pembedahan Adam dijangka hanya dapat dilakukan pada masa umurnya mencecah enam bulan dan kini doktor sudah menebuk lehernya untuk bantuan pernafasan.
"Adam cucu saya dunia dan akhirat. Apa lagi harapan seorang atuk melainkan mahu bermain-main dengan cucunya dengan gembira," jelasnya.
Ujar Abdul Malek, cucunya memerlukan sekurang-kurangnya RM40,000 untuk pembedahan selain berterima kasih kepada beberapa pengguna media sosial yang sudi berkongsi cerita Adam sebelum ini.
Sebarang bantuan yang ingin disumbang boleh dibuat melalui saluran yang akan dimaklumkan Abdul Malek di talian 012 2306840, ayah Adam, Norisam Mohd Jaafar (0126503806) atau ibu Adam, Khairiyah Shamsudin (01123266907).

0 Response to "Derita Si Kecil 'Atuk mahu Adam macam kanak-kanak lain'"
Post a Comment