Mat Salleh Tak Mengaku Salah Pecah Cermin Kereta



SUSULAN video viral seorang lelaki mat saleh bertindak memecah cermin sebuah kereta akibat perselisihan faham atas jalan raya, individu terbabit, Mc Gruer Kenneth George telah ditahan polis dan dibawa ke mahkamah.

Mc Gruer, warganegara United Kingdom didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dakwaan yang dibawa ke atasnya.
Majistret Aina Azahra Arifin memutuskan Mc Gruer diikat jamin sebanyak RM1,000.
Memetik Rakyat Post, kes berkenaan akan disebut semula pada 4 Disember depan.

Kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 petang pada Ahad lalu, yang mana Mc Gruer bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta Myvi selepas penumpang kereta itu dipercayai menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya. - PENAMERAH

0 Response to "Mat Salleh Tak Mengaku Salah Pecah Cermin Kereta"