Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Pengantin Dibelasah Suami Kerana Tak Dapat Tanggal Gaun Kahwin




Seorang wanita di United Kongdom memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas lelaki itu membelasahnya pada malam pertama perkahwinan mereka, Ogos tahun lalu.

Amy Dawson, 22, dibelasah oleh Gavin Golightly, 29, hanya kerana suaminya itu tidak dapat menanggalkan gaun perkahwinan yang dipakainya.
Bermula dengan pergaduhan mulut, Gavin kemudiannya bertindak menolak wanita itu hingga jatuh ke lantai sebelum menyerangnya.
Akibatnya, Amy mengalami kecederaan termasuklah luka dan lebam di bahagian wajah dan dadanya.
Bagaimanapun, Gavin mendakwa dia berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut dan tidak menyedari tindakannya itu.
“Apabila dia menyerang saya pada malam itu, saya sangkakan saya akan mati. Saya amat takut kerana dia seolah-olah mahu membunuh saya.
“Selepas serangan itu, dia meninggalkan bilik namun kembali semula untuk memukul saya buat kali kedua. Saya kemudiannya berjaya melarikan diri dan meminta kakitangan hotel supaya menghubungi polis,” katanya menerusi laporan Mirror.
Mengakui hubungan mereka mula bermasalah selepas Amy mengandung, pasangan itu tetap meneruskan perkahwinan mereka.
“Saya sangkakan perkahwinan itu akan mengubah hidup kami ke arah yang lebih baik. Saya kecewa kerana ia berakhir dengan kejadian itu,” ujar Amy.
Gavin kini diperintahkan mahkamah untuk menjalani kerja komuniti selama 24 bulan dan dilarang menghubungi Amy selain perlu membayar ganti rugi kecederaan kepada wanita itu. 

0 Response to "Pengantin Dibelasah Suami Kerana Tak Dapat Tanggal Gaun Kahwin"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.