Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Wanita Salahkan Nurse Jijik Tukar Lampin Ibu



Seorang jururawat di Hospital Pakar Tun Fatimah Muar menjadi mangsa maki hamun dari seorang individu yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan jururawat berkenaan terhadap ibunya.

Ia dikatakan berpunca dari lapik tilam tempat tidur ibu wanita berkenaan yang didakwa kotor serta tidak ditukar. Bagitu juga dengan seorang lagi jururawat di Hospital Besar Teluk Intan yang dikecam oleh individu  di laman Facebook kerana didakwa tidak menukar pampers dan memandikan pesakit.

Susulan itu, seorang jururawat tampil menerangkan hal sebenar termasuk skop kerja jururawat di facebook. Ada betulnya apa yang perkatakan oleh nurse tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua individu tersebut kemudiannya dikecam oleh para pelayar media sosial kerana disifatkan tidak mengetahui skop tugas seorang jururawat.

Kalau dilihat melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), menukar pampers serta mandikan pesakit bukanlah tugas hakiki jururawat, melainkan arahan diberikan untuk jururawat berbuat demikian oleh Doktor atau pengurusan Hospital.

Lagipun, lebih afdal dan manis jika menjaga ibu bapa sendiri dilakukan oleh anak-anak yang datang menziarah serta berjaga disamping mereka.

Rasanya mereka perlu berfikir banyak kali sebelum menuduh kerjaya nurse tambah lagi lampin ibu sepatutnya tanggungjawab anak anak.

Takkan la nak tukar lampin orang yang melahirkan dan membesarkan kita dari kecil pun nak rasa jijik? fikir fikirkan. 

0 Response to "Wanita Salahkan Nurse Jijik Tukar Lampin Ibu"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.