TINDAKAN pantas dua anggota polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 63 tahun daripada mati lemas apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam air di Northcote Point, Pelabuhan Witemata di Auckland, semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.15 petang (waktu tempatan) itu, konstabel Paul Watts dan Simon Rusell dimaklumkan mengenai satu kemalangan melibatkan kereta BMW di lokasi tersebut.
Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mereka mendapati dua nelayan sedang cuba menahan kereta tersebut daripada tenggelam dan mangsa masih berada di dalamnya.
Dalam usaha memecahkan tingkap kereta itu dengan baton dan spanar, Paul menemui sebiji batu besar dan terus memecahkan tingkap belakang kenderaan tersebut.
Kereta itu tenggelam dengan begitu pantas. Kira-kira 30 hingga 40 saat kami berjaya mengeluarkan mangsa, kereta tersebut sudah hampir tenggelam sepenuhnya,” ujarnya.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital North Shore untuk rawatan namun disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.
0 Response to "4 Gambar & VIDEO Polis Selamatkan Wanita Daripada Mati Lemas"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.