Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

15 Pertanda Anda Sedang Hamil



Bagi wanita yang baru pertama kali hamil, adakala­nya mereka tidak menyedari diri sedang berbadan dua.


Namun, mereka mung­kin merasai ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama selepas tidak mengalami haid. Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang dialami sebahagian wanita. Sesete­ngah wanita pula mungkin langsung tidak mengalami petanda ini. Antaranya: 


Jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan untuk seorang wanita sama ada sudah lama berkahwin atau yang baru berkahwin seperti berikut:

Sesak nafas 

Sesak nafas ni lebih kurang macam kita rasa nafas kita macam pendek. Kita rasa kita bernafas cepat dan pantas daripada yang biasa kita bernafas. Perkara ini terjadi sebab pada masa ini kita telah pun berkongsi oksigen dengan bayi dalam kandungan kita. Yelah, walaupun pada ketika ini bayi dalam kandungan kita belum status baby lagi kan, mungkin status baby kita tu zigot atau fetus tapi pada masa awal kehamilan kita, kita sebenarnya sudah pun mula berkongsi hidup dengan anak dalam kandungan kita tu. Apalagi, kalau bayi kita semakin membesar, bayi juga mula akan memberikan tekanan ke atas paru-paru dan diafragma kita sebagai ibunya. Namun, kita tak perlu panik pon sebab keadaan ini memang biasa bagi kita sebagai ibu mengandung. Jadi rasa sesak nafas atau nafas pendek tu memang normal bila kita hamil berbadan dua :)

Sakit pada bahagian buah dada atau payudara

Keadaan payudara atau breast kita mula rasa tak selesa. Ini kerana terdapat perubahan saiz pada bahagian payudara. Kita akan rasa buah dada atau breast kita seperti besar saiznya daripada yang biasa, bahagian aerolas makin gelap dan urat-urat pada breast kita makin jelas kelihatan seperti urat yang menegang. Pada waktu ini, sepatutnya kita mula menukar saiz bra kita untuk memberi lebih keselesaan pada payudara kita.

Keletihan atau berasa letih

Kita cepat berasa letih apabila membuat sesuatu aktiviti. Ini kerana tindakbalas kepada hormon yang semakin meningkat dalam badan kita. Bagi kebanyakan wanita, keletihan biasanya hanya ketika melalui trisemester pertama kehamilan, tetapi apabila telah masuk trisemester kedua, wanita mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan diri mereka yang hamil. 

Loya atau mual

Kebanyakan wanita hamil mula mengalami loya apabila kehamilan mencecah usia 6 minggu. Biasanya rasa loya dan muntah ini akan reda apabila masuk fasa trisemester kedua kehamilan. Dalam masa trisemester pertama, sebgai ibu hamil kita hendaklah cuba untuk makan makanan yang memenuhi keperluan tubuh kita. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama kerana perut kita pada ketika kehamilan trisemester pertama ini mudah masuk angin.

Kencing yang kerap

Sekiranya kita mula rasa seperti kencing tidak puas dan mula kerap ke toilet juga menunjukkan tanda-tanda kita hamil. Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan cecair tambahan yang mana kita akan kerap ke toilet untuk membuang air kecil akibat penghasilan cecair tambahan tersebut. Pada ketika ini kita sepatutnya peru banyak berehat.

Sakit kepala atau pening kepala

Sakit kepala atau pening kepala adalah merupakan tanda awal kehamilan. Sakit kepala terjadi kerana terdapat perubahan hormon. Sekiranya kita sakit kepala, sebelum kita mengambil apa-apa ubat untuk meredakan sakit kepala tersebut seharusnya kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan ubat yang diambil oleh kita adalah dos yang selamat untuk ibu hamil.

Sakit belakang

Ibu hamil mula berasa sakit belakang. Keadaan ini berlaku kerana berat badan kita mula bertambah.

Cram atau berasa kejang/kekejangan

Ibu hamil mungkin berasa seperti kejang. Ini disebabkan rahim mula menegang untuk menyediakan ruang bagi bayi membesar

Mengidam atau boleh jadi alahan makanan tertentu

Wanita yang hamil adakalanya mengidam untuk makan atau inginkan sesuatu dimana menurut orang-orang tua seharusnya keinginan itu dipenuhi oleh sang suami kerana mengelakkan bayi dalam kandungan kempunan. Atau selain itu, ibu hamil mengalami alahan pada makanan-makanan tertentu semasa proses awal kehamilan.

Sembelit atau kembung

Keadaan ini disebabkan hormon progesteron meningkat apabila kita hamil. Sistem pencernaan kita juga berlaku perlahan oleh peningkatan hormon ini. Berat badan kita jiga akan bertambah.

Mood swing atau moody

Banyak moody? Hihi.. Keadaan moody-moody ni juga menandakan anda sedang hamil. Jika anda terlebih emosi atau terlampau emosional, ini mungkin kerana badan anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan baik dengan hormon-hormon yang baru apabila anda sedang hamil.

Suhu badan yang tinggi

Biasanya bagi wanita yang hamil, suhu badan meningkat. Jika kita sebenarnya sedang berusaha untuk hamil, salah satu infos yang harus kita ketahui ialah memahami suhu badan kita bagi menentukan ovulasi berlaku. Secara umumnya, semasa ovulasi suhu badan kita meningkat sehingga kita mengalami period atau haid 2 minggu berikutnya jika telur kita tidak disenyawakan. Tetapi jika suhu kekal tinggi selepas 2 minggu, mungkin itu menunjukkan usaha kita dan suami untuk hamil telah berjaya. 

Alahan kepada bau-bauan tertentu

Deria sensitiviti kita meningkat sehingga kita amat sensitif kepada bau-bau tertentu. Comtohnya bau badan orang lain atau bau badan suami sendiri yang sebelum ini kita tak kisah pon dan kita suka tetapi tidak ketika kita hamil. Bau suami menyebabkan kita terus muntah. 

Pening atau pengsan

Keadaan ini berlaku kerana kandungan gula dalam darah rendah atau low blood pressure (tekanan darah rendah). Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang dan cukup untuk keperluan tubuh seharian dan ianya cepat terhidrasi diakibatkan oleh serangan radikal bebas. 

Sedikit pendarahan 

Kemungkinan terjadi sedikit pendarahan atau bleeding sekiranya kita alami stress atau melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai seorang ibu hamil. Penyebab jadinya keadaan ini disebabkan telur disenyawakan melekat pada
dinding rahim dan menyebabkan pertumpahan darah sedikit. Atau biasa kuta cakap bleeding but just a little atau hanya sedikit.

Lewat haid atau period lewat

Jika kitaran haid kita tetap dan period kita sudah lewat, kita boleh pergin ke farmasi untuk beli pregnancy test ;)

Positive pregnancy test atau ujian kehamilan yang positif

Jika kita sudah pon membuat ujian kehamilan dan mendapati kesan negatif, ia hanya mungkin terlalu awal untuk ujian mengesan. Kita boleh cuba lagi dan dimohon bersabar dan boleh tunggu beberapa hari lagi. Mungkin boleh cuba lagi pada minggu berikutnya untuk buat pregnancy test lagi. Jika kali ini postitif, tahniah! Ni ada 2 gambar yang mana double line menunjukkan ujian kehamilan yang positif dan single line menunjukkan ujian kehamilan yang negatif. Anda yang mana 1?

0 Response to "15 Pertanda Anda Sedang Hamil"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.