Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang telah selamat bergelar suami kepada suri hatinya, Aida Azira dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi tadi.
Pasangan sama cantik, sama padan ini dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi dengan berwakil walikan abang pengantin perempuan, Azree Husin.
Majlis pernikahan ini berlangsung di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan dihadiri oleh ahli keluarga, sanak saudara dan rakan akrab.
Aida yang merupakan seorang penerbit program televisyen TV3 menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan empat dulang hantaran berbalas tiga daripada Sam. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Jom kita intai momen-momen sweet pengantin baru ini…
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Sam Bunkface Sah Bergelar Suami Kepada Aida"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.