Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Penjelasan Rakan Tunang Nur Shafiqa, Wan Muhd Apaf Shah

Nur Shafiqa mangsa toreh di muka

“Saya tidak terbabit dalam kejadian itu,” tegas Wan Muhd Apaf Shah Wan Ismail, 25, selepas gambarnya tersebar dalam laman sosial dan dikaitkan sebagai suspek kes samun dan toreh muka Nur Shafiqa hujung minggu yang lepas.

Dia menyatakan dirinya hanya mengetahui gambarnya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApps selepas menerima panggilan daripada rakan di kampung.
“Selepas gambar itu tersebar, saya menerima puluhan panggilan daripada keluarga dan rakan memaklumkan perkara itu. Saya tidak pasti mengapa gambar saya disebarkan sama ada sekadar bergurau atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.
Dia mengakui berkawan rapat dengan tunang mangsa Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, kerana pernah bersekolah di sekolah sama sebelum ini selain turut mengenali mangsa.
“Saya akui mengenali mangsa, tetapi tidak rapat. Sebagai rakan, tidak mungkin saya sanggup buat perkara itu kepada tunangnya, malah saya sudah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan latihan industri,” tambahnya lagi. katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut.

0 Response to "Penjelasan Rakan Tunang Nur Shafiqa, Wan Muhd Apaf Shah"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.