Rezeki ini dikatakan perpunca apabila suaminya melarang isteri tercinta daripada bershopping di portal beli-belah, ZALORA.
Suaminya yang bernama Radzi Ali ini, memuat naik status di laman Facebook rasmi milik ZALORA Malaysia hinggakan kisahnya yang memohon ZALORA menyekat isteri daripada terus bershopping di laman itu menjadi viral di media-media sosial.
Hal ini sekaligus disedari oleh isterinya, Nuzaimah Ideris hinggakan mencetus sedikit perbalahan antara pasangan berkenaan.
Menurut Nuraimah, dia kuat bershopping di laman itu kerana dia sedang hamil dan tidak larat untuk keluar ke pusat beli-belah.
Apa pun, pasangan ini berjaya mencuri tumpuan ZALORA hinggakan pihak ZALORA sendiri menghantar bekalan stok secara percuma kepada isteri tersebut.
Mari kita tengok aksi gembira isteri ini….
Terserlah kegembiraan isterinya hinggakan setiap gambar tidak lekang senyuman dari bibirnya. Hishh…iols yang tengok pun naik jeles taw. Hihi..
Bergaya sakatlah wanita ini dengan produk cun melecun daripada ZALORA ini.
Alhamdulilah, agaknya ini rezeki anak yang dikandung kot.
Suami ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak ZALORA yang berjaya memujuk isterinya dengan pemberian hadiah sebanyak itu.
0 Response to "Penangan Bertekak Di FB Suami Isteri, Zalora Bagi Stok Setahun!"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.