Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Akur Titah TMJ, Inter Johor Firms (IJF) Umum Pembubaran



KUALA LUMPUR – Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).


Laman Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi ditimbulkan oleh IJF.
“Akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat ini.
“Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam semalam, semua pihak menuding jari ke arah kami. Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di stadium itu semalam?” kata kenyataan itu hari ini.
IJF mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.

Kenyataan itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota IJF.
Dakwa IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk memburuk-burukkan IJF.
IJF turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.
“Kami `parking’ di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan baling batu.
“Janganlah risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor kami, bukan sebab anda semua,” kata kenyataan itu.

0 Response to "Akur Titah TMJ, Inter Johor Firms (IJF) Umum Pembubaran"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.