RASANYA masih ramai lagi belum kebah dengan demam Piala Malaysia yang menyaksikan Pahang sekali lagi berjaya menjulang piala berprestij tersebut pada Sabtu lalu.
Namun di sebalik kerancakan mengenai kemenangan Pahang, masih ramai lagi memperkatakan mengenai penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Tallaha atau Mat Yo yang dikatakan media tertentu sebagai dalang kepada kekalahan pasukan JDT apabila sepakan penaltinya tidak berjaya menjengah pintu gol.
Rupa-rupanya ada cerita yang tersendiri sebelum perlawanan akhir itu bermula, di mana Mat Yo tidak mempedulikan teguran seorang wartawan Astro Arena yang membuat liputan secara langsung, malah terus berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Nasiblah wartawan itu kelihatan tenang dan terus memberikan liputannya.
Kalau pun tak mahu ditemubual, berikanlah respons ‘no comment’ ke, sejuklah juga hati wartawan tu.
Secara tak langsung, orang mula mengaitkan kembali kontroversi isteri Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan di Subang tahun lalu.
Tapi tak tahulah mungkin fikiran Mat Yo memang tengah kusut memikirkan aksi perlawanan akhir sehinggakan dia langsung tidak mahu diganggu orang luar hatta daripada pihak media pun.
0 Response to "Video: Mat Yo Menyombong Dengan Wartawan Astro Arena"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.