Singapura: Pelancong dari negara China diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.
Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.
Ini berlaku selepas laporan media mengenai penipuan peniaga di Sim Lim Square termasuk insiden seorang rakyat China yang dibayar ganti rugi sebanyak SGD1,000 (RM2583) dalam bentuk duit syiling.
Reputasi negatif peniaga di Sim Lim Square juga mendapat perhatian di laman akhbar Vietnam yang mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati dengan taktik licik peniaga di Singapura.
Sebelum ini seorang pelancong Vietnam diperdaya dalam urus niaga pembelian iPhone 6 sehingga terpaksa melutut dan menangis untuk meminta ganti rugi.
Bagaimanapun dia hanya diberi ganti rugi sebanyak SGD400 (RM1032) berbanding harga asal yang dibayarnya iaitu SGD950 (RM2454). - Straits Times
0 Response to "Hati-hati beli peranti di Singapura"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.