Umum mengetahui pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Perkhabaran berita ini pastinya dinanti-nantikan peminat kedua-dua pelakon ini yang tak sabar ingin melihat wajah bayi selebriti kesayangan mereka.
Jika lihat gambar-gambar yang dimuat naik Almy di Instagram, rata-rata peminat memperkatakan perihal saiz perutnya tidak seiring dengan usia kandungan yang baru 5 bulan.
Apa lagi, pelbagai andaian dibuat oleh peminat termasuk tertanya-tanya adakah Almy sedang menghamilkan anak kembar.
Sebenarnya Almy dan Fizz dah pernah berkongsi dengan peminat sekitar bulan lepas bahawa mereka mungkin akan menimang cahaya mata perempuan.
Pada masa sama, ramai juga yang memuji isteri Fizz Fairuz ini, masih jelita dan berseri-seri meskipun dalam keadaan sarat mengandung.
Mungkin inilah yang dipanggil orang aura ibu mengandung kot!
Melalui komen di instagram, ramai peminat Almy yang menyangka pelakon ini sedang mengandung anak kembar sehinggakan ada yang meneka bayi yang dikandung oleh Almy adalah kembar tiga.
Jika dilihat sememangnya kandungan pelakon ini agak besar, namun menurut Almy rangka badannya yang besar mungkin jadi punca perutnya kelihatan begitu.
Sebelum ini pun, Almy pernah meluahkan perasaan di laman Instagram terhadap segelintir peminat yang sering pertikaikan saiz tubuh badannya yang semakin membesar.
Rasanya, semua ibu mengandung akan mengalami proses perubahan hormon hingga menyebabkan badan ibu mengandung semakin berisi.
Apa yang penting, kesihatan ibu dan anak sihat walafiat. Tak sabar nak tunggu anak dorang ni.
0 Response to "Peminat Meneka Almy Hamil Anak Kembar?"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.