Gelagat anak angkat Fynn Jamal iaitu Bakti Arjuna Fitri (Juna) yang kini menjangkau usia 2 tahun telah mencuri banyak hati para pengikut Instagram penyanyi lagu Aruna Beta ini. Mungkin ada yang tidak tahu yang Juna merupakan seorang kanak-kanak autistik. Autisme ini mempunyai spektrum yang luas dan kebanyakan mereka yang memilikinya akan mempunyai satu bakat istimewa. Contoh pandai melukis ke, buat lagu ke dan sebagainya.
Kanak-kanak autistik memang memerlukan interaksi yang banyak lebih-lebih lagi dengan rakan sebaya. Tumpuan daripada ibu bapa pun amat penting. Kena banyak bercakap dengannya. Kata Fynn:-
Saya meletakkan diri saya sebagai seorang ibu di tempat paling atas, kemudian sebagai pendidik dan selepas itu barulah peranan lain. Sebab itulah apabila saya dengar ada kes-kes pembuangan bayi, hati saya cepat tersentuh dan sanggup ketepikan aktiviti seni sama ada sebagai pemuisi atau penyanyi untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi anak yang tidak berdosa itu.Bagaimanapun, Juna ada caranya yang tersendiri. Jika dia lapar atau mahukan susu, Juna akan tarik tangan saya atau ayahnya ke arah beg susu atau sebarang makanan yang dikehendakinya. Begitulah caranya berkomunikasi dan saya serta suami sedaya upaya cuba memahami setiap kali dia menyampaikan sesuatu.Menariknya, keletah Juna itu kadang-kala menghiburkan saya dan suami. Seperti bermain teka-teki kerana cuba meneka kehendak Juna yang lucu dan comel. Dia sangatlah istimewa buat kami dan sedikit pun tidak menyesal mengambilnya sebagai anak angkat
Sumber Utusan Malaysia.
0 Response to "Besarkan Anak Autistik, Fynn Jamal Mahu Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Juna"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.