Minyak RON95 Mungkin Turun Pada 1 Disember Nanti
UmFab
PETALING JAYA: Harga Minyak Petrol RON95 pada 1 disember ini mungkin lebih murah daripada sekarang walaupun subsidi akan dihapuskan kerana harga purata minyak mentah dunia sekarang di bawah USD80 setong.
Bercakap kepada media, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, rakyat boleh berharap harga minyak akan turun lebih rendah berbanding harga sekarang dan mungkin turun RM2,27 sen seliter memandangkan harga minyak mentah global yang semakin menurun.
“Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut,” katanya semasa merasmikan program ‘Peneraju Skil Iltizam’ di sini. -Siakapkeli.com.my
0 Response to "Minyak RON95 Mungkin Turun Pada 1 Disember Nanti"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.