Intan Ladyana Nafi Putus Dengan Kamal Adli Kerana Orang Ketiga
UmFab
Seperti diketahui selepas 6 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan pelbagai kisah romantik akhirnya hubungan sepasang kekasih ini telah berakhir 2 bulan yang lepas.
Baru-baru ini ada desas desus mengatakan hubungan ini berakhir kerana Intan sebenarnya mempunyai kekasih lain?
Akhirnya Intan tampil menjawab desas desus terbaru ini dan mengatakan yang dia masih "single" dan lelaki yang dikaitkan dengannya itu adlaah sekadar kawan biasa
“Jangan salah faham, kawan saya sekadar mengusik. Kebetulan dia pun orang seni juga, jadi memang kami selalu bergurau sesama sendiri. Saya nak jadikan ‘bahan’ dan tidak ada apa-apa maksud.
“Orang yang diperkatakan itu kawan saya, tak lebih daripada itu. Kami dah lama kenal dan selalu berkumpul dengan kawan lain.
“Buat masa ini saya masih sendiri dan belum terbuka hati untuk bercinta. Insya-Allah, kalau ada nanti saya akan kongsi. Setakat ini belum lagi dan saya harap jangan diperbesarkan perkara yang tiada,” katanya
Intan bagaimanapun menyatakan yang fokus beliau sekarang ebih kepada kelaurga dan kerjayanya dan kalau boleh enggan untuk melayan sebarang gosip liar lagi.
Intan ni dah umur 32 tahun tapi cute miut lagikan. Padan la Kamal Adli pun bercinta nak rak sampai lama-lama buat apa? umur makin meningkat. Kalau admin jadi Intan pun tidak sanggup tunggu lama-lama .- Siakapkeli.com.my
0 Response to "Intan Ladyana Nafi Putus Dengan Kamal Adli Kerana Orang Ketiga"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.