Empat atlet Sweden yang sedang mengikuti persiapan merentasi satu kawasan hutan tropika Ekuador membawa pulang seekor anjing yang mengikuti mereka sejauh ratusan kilometer.
Kisah ini bermula ketika empat sekawan itu memberikan makanan kepada anjing liar di hutan.
Anjing itu—yang akhirnya diberi nama Arthur mengikuti mereka dalam pertandingan adventure racing dunia yang menempuh jarak sejauh 692 kilometer.
Arthur juga dibawa pulang ke Sweden setelah diperiksa oleh dokter haiwan negeri Skandinavia.
Berbahaya
Tidak peduli apa halangan yang sedang mereka lakukan, Arthur pasti setia menemani.
Arthur berenang bersama tim ketika tim menaiki kayak di bawah sungai, memanjat bukit, dan mengharungi medan lumpur setinggi lutut.
Bahkan ketika tim mencuba untuk mengusir dia, Arthur tetap tidak mahu meninggalkan mereka.
Di awal-awal perlumbaan, penyelenggara sempat mengingatkan tim kerana membawa Arthur bersama mereka akan menimbulkan risiko bagi keselamatan anjing itu dan juga mereka.
Tim berusaha pergi meninggalkan Arthur dengan mengharungi bawah sungai menggunakan kayak, tetapi Arthur melompat ke air dan berjuang berenang di samping kayak mereka.
Kapten tim Mikael Lindord mengangkatnya, menempatkan dia di kayak, dan membiarkan dia tinggal bersama selama baki perjalanan.
Pulih cepat
Pulih cepat
Adventure racing adalah bentuk olahraga ekstrem yang memerlukan pendakian yang terus-menerus, trekking, mendaki gunung, dan kayak selama beberapa hari berturut-turut.
Kejuaraan dunia yang diselenggarakan di Ekuador ini menrangkumi tiga wilayah geografis iaitu Andes, Pasifik, dan hutan hujan Amazon.
Sejak tiba di Sweden, Arthur menjalani rawatan kerana luka di punggungnya. Luka itu sudah ada tiga sehingga enam bulan dan masih berdarah ketika tim menemuinya. Tiga hari yang lalu mereka mengatakan itu "Arthur semakin pulih".
Lindnord dalam akaun Facebook mereka mengatakan, dirinya amat terharu. "Saya tiba di Ekuador untuk memenangi perlumbaan, tetapi kami telah berjumpa dengan teman baru."
0 Response to "Kisah tentang Anjing Jalanan Bernama Arthur yang Membuat Hati Anda Tersentuh"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.