Baru baru ini ramai yang fikirkan Emelda hamil apabila, gambar kit kehamilan yang dikongsikan di Instagram baru-baru ini penuh dengan ucapan tahniah daripada orang ramai. Rupa-rupanya Emelda masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata walaupun sudah 5 tahun berkahwin.
Berkata kepada Berita Harian, Emelda Rosemila mengesahkan yang dirinya masih belum hamil. Menariknya ucapan tahniah yang diterima bukan sahaja daripada para pengikut di laman sosial tersebut, malah sanak saudaranya turut sama mengucapkan tahniah. Kata Emelda:-
Semua itu hanya andaian. Mungkin juga kerana orang di luar sana tak sabar nak tengok saya dan Adlin mempunyai anak sendiri maka mereka pantas mengharapkan saya mengandung. Sejujurnya selepas sekian lama, saya juga berharap untuk cepat jadi ibu.Lucunya, sana saudara saya di kampung pun selepas mendapat tahu berita kononnya saya sudah hamil beriya-iya menghubungi mengucapkan tahniah. Naik segan juga jadinya. Tapi saya percaya semua itu satu doa untuk saya ke arah itu (mengandung).Selepas sekian lama, saya rasa sekarang sudah tiba waktunya untuk saya dan Adlin memikirkan soal anak. Kami juga tak pernah berhenti berusaha cuma semuanya berbalik kepada soal rezeki. Iyalah saya pun bukan makin muda. Insya-Allah kami merancang untuk berjumpa doktor tak lama lagi.
Apapun sama samalah kita mendoakan ya.
0 Response to "Emelda Rosemila Sahkan Dirinya Masih Belum Hamil"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.