Kanak-kanak 9 Tahun Parah Terkena Tembakan Senapang Datuk
UmFab
KUCHING, 28 Nov: Oleh kerana kecuaian datuk sendiri, seorang kanak-kanak perempuan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak semalam selepas terkena tembakan senapang angin(peluru guli) yang dipercayai dilepaskan oleh datuknya sendiri.
Menurut laporan dari TheBorneoPost, tembakan yang dilepaskan itu terkena pada bahagian kiri kepala mangsa.
Mangsa, 9, yang berasal dari Kampung Ulu Kupang, Saratok telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. Menurut bapa mangsa, peluru guli itu tidak dapat dikeluarkan kerana berisiko.
Datuk mangsa, 54, yang juga suspek dalam kes ini berasal dari Kampung Kupang, Saratok ditahan sekitar jam 3.47 petang di Kuching semasa mengirigi cucunya ke HUS.
Hasil siasatan awal mendapati kes berlaku disebabkan oleh kecuaian. Walau bagaimanapun kes masih lagi di dalam siasatan. - Siakapkeli.com.my
0 Response to "Kanak-kanak 9 Tahun Parah Terkena Tembakan Senapang Datuk"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.