Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Akibat Suka Makan Ular Panggang



CHINA: Seorang bapa terkejut besar selepas disahkan doktor terdapat parasit sepanjang tiga inci di dalam kepala anaknya, Liang Liao, 11, akibat suka makan ular panggang

Bapa kanak, Liang Chao, berkata, anaknya sering mengalami sekit kepala yang teruk sehingga mengalami sawan dan terus dibawa ke Hospital  Xinhua di Shanghai.

"Semasa di hospital doktor telah menjalankan x-tray terhadapa Liang Liao dan amat terkejut kerana ternampak seekor parasit didalam kepalanya yang sedang bebas bergerak disekeliling otak anak saya"



Menurut pihak hospital parasit tersebut adalah jenis Sparganosis iaitu parasit yang akan berpindah jika selalu memakan anjing, ular, katak dan babi jika tidak dimasak dengan sempurna.

Liang Chao mangakui yang dia sering membawa anaknya makan di luar dan amat jarang makan makanan di rumah.

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular panggang.

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya.- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Akibat Suka Makan Ular Panggang"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.