Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Tak Perlu Kaitkan Saya Dalam Pergaduhan Mereka – Dato’ Aliff Syukri



Beliau semakin dikenali ramai sejak produknya sukses di pasaran. Dato’ Aliff Syukri ialah seorang usahawan dan perintis dan sangat dikenali dengan tagline ‘terlajak laris’ yang menjadi identiti produk keluarannya, D’Herbs.


Namun beberapa hari lepas namanya telah disebut oleh seorang selebriti yang mengaitkannya dengan satu insiden di mana dia digelar pondan di laman sosial Instagram . Sehubungan itu, Aliff telah menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu.
Aliff berpendapat selebriti itu mungkin sedang bergaduh dengan bekas rakan kongsi perniagaannya, tetapi dia kesal dikaitkan sama, apatah lagi menyebarkan cerita dia sebagai pondan ialah sesuatu yang mengaibkan dirinya.
 photo IMG-20141002-WA000.jpg
Menurut Aliff, dia dihantar satu screenshot perbualan Rita Rudaini dengan seseorang. Dalam perbualan tersebut, Rita memberitahu pengikutnya di Instagram yang bekas rakan kongsinya, Siti Saleha Idris pernah mengatakan individu yang digelar ‘Dato’ Terlajak Laris’ sebagai pondan.
Pada pendapat saya, mereka berselisih faham, tetapi ia tak ada kena mengena dengan saya. Semasa mereka menjadi rakan kongsi perniagaan, peranan saya hanya sebagai pengilang untuk beberapa produk mereka. Bagi saya, tak perlu mengaitkan saya di Instagram dan tak perlu mengatakan saya pondan. Saya ada keluarga dan anak, dan perkara ini memalukan saya.
Jika mereka ada masalah, sepatutnya mereka bersemuka, tidak sepatutnya mereka bercakap di Instagram dan tidak perlu petik nama saya.
Disebabkan perkara ini, orang ramai mula beranggapan negatif tentang saya.
Aliff turut memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rita mahupun Siti Saleha dan dia hanya berhasrat mahu membersihkan namanya.

Saya Tidak Pernah Mengatakan Sebegitu – Siti Saleha Idris
Siti Saleha, yang mesra dikenali sebagai Anne ketika dihubungi menafikan dia pernah mengatakan sebegitu dan memberitahu hubungannya dengan Aliff selama ini sangat baik.
 photo IMG-20141002-WA001-1.jpg
Kerjasama saya dengan Rita untuk produk RS COLLAGEN sudah berakhir. Saya tidak mahu dikaitkan dengan Rita mahupun produk itu, dan saya harap pihak yang berkenaan juga berhenti memetik nama saya di Instagram.
Anne sudah berniaga selama lapan tahun sebelum bekerjasama dengan Rita dan kejayaan Anne sebagai usahawan sering ditampilkan di media, malah Anne pernah menerima anugerah usahawan kerana kemahirannya menguruskan perniagaan. Tambah Anne:
Saya juga tidak ada komen mengenai dia (Rita). Orang ramai boleh ke Instagram saya dan nilaikan sendiri apa yang saya sering tulis di Instagram. Saya tidak mahu sebarang aura negatif dalam laman sosial saya.


Sumber: Beautifulnara

0 Response to "Tak Perlu Kaitkan Saya Dalam Pergaduhan Mereka – Dato’ Aliff Syukri"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.