Shah Alam: Dengan sekali lafaz, Aliff Omar Ali, 32, anak tunggal Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Sharifah Nur Athirah Datuk Syed Azmi, 28, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), kira-kira jam 11.20 pagi ini (Jumaat).
Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Datuk Syed Azmi Tan Sri Syed Othman dengan mas kahwin RM300 dan hantaran belanja RM11,000.
Pihak Aliff menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Hanya anggota keluarga kedua-dua pihak sahaja yang terdekat hadir termasuk ayah Aliff, Ali Bakar.
Pasangan itu bertunang di Shah Alam pada 23 Ogos lalu dan hubungan mereka turut direstui arwah Sharifah Aini.
Pasangan itu bertunang di Shah Alam pada 23 Ogos lalu dan hubungan mereka turut direstui arwah Sharifah Aini.
Aliff bagaimanapun sejak awal lagi memohon agar perkahwinan beliau iti tidak disensasikan dan lebih selesa memilih cara kesederhanaan.
Aliff bakal menamatkan pelajarannya dalam bidang Pengajian Islam di kota Madinah sementara Athirah pula seorang doktor gigi di sebuah pusat perubatan di sini.
0 Response to "Anak Sharifah Aini akhiri zaman bujang"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.