Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah S.W.T yang cukup berharga kepada Ibu bapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat.
Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.
Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
Surah Maryam
Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman
Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Surah Yusuf
Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
Surah Hujurat
Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yasin
Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
Semoga memberi manfaat!
0 Response to "Surah-surah Pilihan untuk Ibu Mengandung"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.