Seorang lelaki berbangsa Melayu telah berkongsi beberapa gambar seekor anjing betina beranak 8 ekor anak anjing di hadapan rumahnya. Anjing betina itu dilihat sedang menyusukan anak-anaknya di bawah pokok di tengah hujan.
Atas dasar peri kemanusiaan, lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Padil Bedul membina tempat berteduh sementara yang berasaskan kain guni, kanvas dan payung lama. Selain itu, lelaki tersebut membeli makanan bagi anjing betina itu agar tidak kelaparan.
Padil juga turut berkongsikan petua iaitu dengan baca bismillah sebanyak tujuh kali. Ludah air liur kita dan gaul dalam makanan dia. Insya Allah nanti anjing tu akan kenal kita dan boleh kenal bau kita serta tidak akan menyalak garang kepada kita. Kalau menyalak pun cuma menyalak untuk welcome kita.
Daripada rumah yang berasaskan kain guni, kini Padil telah menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dalam kandang khas bertilamkan span.
Sumber: Mymediahub
0 Response to "Kisah Sebenar Lelaki Bina ‘Rumah Anjing’ Di Kilang"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.