Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Karnival Teratak Glam Menampilkan 10 Artis Ternama Berniaga 2 Hari Berturut turut Sabtu & Ahad ini


Sabtu dan ahad ini pastikan korang save the date untuk bertemu dan bergambar dengan 12 artis kesayangan di  Karnival Teratak Glam Raya 2014 bertempat di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada 5 & 6 Julai ini.



Karnival ini dibawakan oleh pelakon dan pengacara Hanis Zalikha yang menggabungkan 12 artis yang ternama untuk sama berniaga selama 2 hari berturut turut. 

List artis: 

Hanis Zalikha- Penganjur.

Hairul Azreen 

Scha Alyahya – Jual baju dan aksesori dari butik terkenal dia Schapoholic.

Awal Ashaari- Jual baju dan aksesori lelaki dari jenama Lawa by Awal.

Yana Samsudin- Jual Yana Super Cookies yang memang HOT setiap tahun.

Elfira Loy- Jual scarf dan aksesori handphone direka sendiri jenama Twinkle by Elfira.

Zara Zya- Jual kuih raya dan tudung Zya by Zara Zya collection.

Achey Bocey- Jual Kek Cokelat Kintang Kintung.

Emma Maembong – Jual instant hijab koleksi Hijab by Emma Maembong.

Neelofa- Jual kanta lekap jenama sendiri, Lofa Lens yang menjadi kegilaan ramai.

Diana Danielle- Jual baju-baju raya gorgeous harga berpatutan dari kolabrasi Melinda Looi bersama Diana Danielle.

Lisa Surihani turut serta- Jual barang terpakai Lisa dan juga suaminya Yusry dan kutipan akan disumbangkan kepada persatuan MERCY bagi membantu golongan yang memerlukan. 

Liyana Jasmay akan jual baju2 beliau yang terpakai aka pre-loved!


Karnival ini juga menggabungkan usahawan instagram online seramai 300 orang dan korang boleh la serbu jam 10 pagi sehingga 10 malam. 


0 Response to "Karnival Teratak Glam Menampilkan 10 Artis Ternama Berniaga 2 Hari Berturut turut Sabtu & Ahad ini"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.