Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Hukum Memakai Eye More Ketika Puasa?


Soalan : Apa hukumnya memakai Eye More ketika berpuasa?



Jawapan : Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.

Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).

0 Response to "Hukum Memakai Eye More Ketika Puasa?"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.