Zizan Razak Di Saman Bekas Rakan Kongsi



Zizan ataupun nama sebenarnya Mohd Razizan Bin Ab Razak  telah disaman oleh bekas rakan kongsi dan juga bekas pegurusnya Marina Juki selepas dikatakan Zizan telah melanggar kontrak pengurusan artis.

Marina mendakwa Zizan telah melanggar kontrak yang telah ditandatangani bersama syarikat Wire Fame Entertainment  Sdn Bhd (Wire Fame) kerana telah menandatangani kotrak dengan syarikat lain sebelum habis tempoh perjanjian.


Marina dan Zizan sebelum ini telah berjumpa dan bersemuka membincangkan isu perlanggran kontrak ini tetapi tiada jalan penyelesaian membuatkan Marina terpaksa menyaman Zizan dengan nilai RM500, 000.

Marina telah memohon injuksi mahkamah untuk menghalang Zizan meneruskan kontrak dengan syarikat barunya kerana masih mempunyai baki kontrak dengan syarikatnya.

Nilai RM500,000 itu telah dianggap munasabah oleh pihak mahkamah termasuk kos ganti rugi am iaitu 15 peratus keatas semua pendapatan Zizan dan faedah lain 5 peratus setahun dari tarikh saman di failkan.

Untuk makluman, Zizan memegang 70 peratus saham dan Marina sebanyak 30 peratus saham syarikat Wire Fame Entertainment.-Siakapkeli.com.my

0 Response to "Zizan Razak Di Saman Bekas Rakan Kongsi"