Rotan Tidak Pergi Solat: "Biar Pihak Sekolah Tentukan", Ibu



Georgetown: “Walaupun anak dirotan hingga meninggalkan kesan di pinggang dan pinggul, saya enggan memanjangkan kes berkenaan dengan membuat laporan polis,” kata ibu kepada seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Nora 40-an, semalam.


Beliau hanya menyerahkan kes tersebut kepada pihak sekolah untuk membuat keputusan dan menentukan hukuman yang bakal dikenakan terhadap guru terbabit.


“Saya tahu memang kesalahan itu dilakukan anak kerana tidak menunaikan solat Subuh, namun cara hukuman dikenakan membuatkan saya sebagai ibu tidak dapat menerimanya.


“Bagaimanapun, saya memaafkan guru terbabit dan berharap kejadian sama tidak lagi berulang bukan saja kepada anak saya, malah pelajar lain juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya lagi, beliau tidak mahu pembelajaran anaknya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terganggu.


Dalam kejadian Jumaat lalu, sekumpulan 14 orang pelajar dirotan warden kerana tidak menunaikan solat Subuh.

Akibatnya, pinggang dan pinggul pelajar berkenaan mengalami kesan birat bekas rotan selain emosi mereka dikatakan terganggu untuk memberi tumpuan kepada SPM kerana tindakan warden itu,

Dalam kejadian itu aksi mereka dirotan itu telah dirakam ketua asrama yang dikatakan tidak tahan selepas melihat rakannya diperlakukan demikian.

Susulan daripada kejadian itu, dua guru berkenaan dikenakan hukuman gantung tugas sebagai warden bermula kelmarin dan jika siasatan dalaman dilakukan pihak sekolah mendapati mereka bersalah, dua guru terbabit mungkin akan ditukar ke sekolah lain.

SUMBER:SEPENUHNYA -Siakapkeli.com.my


0 Response to "Rotan Tidak Pergi Solat: "Biar Pihak Sekolah Tentukan", Ibu"