Pelajar hilang ketika Climbathon



Kuala Berang: Seorang pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, petang semalam.



Perkara itu disedari bapa mangsa, Azman Othman yang datang untuk menjemputnya jam 3 petang semalam, tetapi pelajar itu tidak muncul di garisan penamat tanpa diketahui puncanya.


Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.


Sumber berkata, pihak urusetia memaklumkan Ahmad Rafikin hanya sempat melepasi 'checkpoint' pertama saja dan selepas itu tidak dapat dikesan.


"Sehingga jam 4.30 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan," katanya.


Seramai 42 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung setempat mengambil bahagian dalam operasi mencari.


Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada jam 8.15 pagi.

Related Posts :

  • Rayyan puas dapat naik BMW "Seronok sangat dapat naik kereta BMW. Suka kereta ni sebab laju," itu luahan Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser ot… Read More...
  • UMT cuti darurat Kuala Terengganu: Hampir 10,000 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberikan cuti darurat selepas kawasan universiti berkenaan di… Read More...
  • Padah pukul perempuan Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi yang memukul seorang wanita yang menjadi viral di Facebook, menerima padah hasil perbuatannya itu apa… Read More...
  • 39 terselamat bas ekspres terbabas Betong: Seramai 39 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak terselamat apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas berhampiran Jambatan Bunut, … Read More...
  • Lemas dalam kereta Permaisuri: Banjir di Terengganu meragut nyawa kedua apabila seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum… Read More...

0 Response to "Pelajar hilang ketika Climbathon"