Sudah adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.
Namun, tak semua dapat menerima kekalahan pasukan Kelantan yang tewas 3-1 kepada team dari Singapura LionsXII, Sabtu lalu.
Terasa dengan kritikan sesetengah pihak yang mengkritik prestasi suaminya Khairul Fahmi yang merupakan penjaga gol pasukan The Red Warriors, Leuniey meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram.
Mungkin kata-kata Leuniey ini boleh dijadikan renungan buat mereka yang hanya tahu mengkritik.
Tak salah nak mengkritik tapi biarlah kritikan yang diberi itu bersifat positif, bukannya menjatuhkan pihak lain.
“Menang kamu sanjung-sanjung beliau dan bila kalah kamu maki-maki beliau, dia hanya seorang insan yang biasa pada mata saya, seorang insan yang cukup berjaya dan Alhamdulillah banyak berjasa untuk negara,” tulis Leuniey.
Janganlah disebabkan kekalahan ini anda terus menerus menghentam Apex ya! Mungkin sudah tertulis bukan rezeki untuk Kelantan menggondol trofi Piala FA pada musim ini.
Boleh cuba lagi di musim akan datang.
0 Response to "Piala FA: Leuniey Selar Orang Kritik Prestasi Suami"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.