Anda ada masalah peti ais berbau. Atasi segera dengan tips dan informasi yang kami kongsikan di sini…
Sudah tentu peti ais wajib berada di rumah anda, pelbagai barang yang diletakkan di dalam peti ais untuk memastikan barangan itu elok dan sejuk beku.
Namun begitu, kebiasannya peti ais yang bermasalah seperti tidak sejuk berpotensi untuk mewujudkan bau yang sungguh teruk dan membuatkan anda muntah.
Jadi di sini ada sedikit perkongsian untuk anda tangani masalah menghilangkan peti ais berbau. Antaranya ialah :
1. Gunakan roti sebagai penyerap bau
•Caranya: keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
2. Menggunakan esen vanilla sebagai penyedap bau
•Caranya: Sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanilla dan letakkan dalam peti ais . Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum.
•Cara Kedua: Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
3. Menggunakan arang untuk menyerap bau peti ais
•Letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang tadi berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais.
•Cara kedua: Letakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut. Bau itu akan hilang dengan sendirinya.
4. Menggunakan nenas sebagai penyerap bau
•Caranya: Letakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.
5. Soda Bikarbonat
•Caranya: Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.
Itu sahaja petua dari dapur yang dapat kami kongsikan. Semoga anda dapat menyelesaikan masalah peti ais berbau. Kalau boleh jangan membeli peti ais murah dan terpakai jika anda kerap menggunakan peti ais itu untuk meletakkan pelbagai makanan.
0 Response to "Mesti Cuba !! 5 Cara Hilangkan Bau Peti Ais Yang Sangat Menjadi"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.