Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Fenomena Laut Terbelah Ada Di Pulau Jindo


Keunikan alam yang berlaku di Pulau Jindo adalah pada saat air laut surut, sebuah daratan yang panjangnya mencapai 2.8 km kelihatan dan boleh dilalui oleh manusia dengan mudah. Kerana lebar daratan yang mencapai sekitar 60 meter, maka yang nampak adalah laut yang terbelah pada masa daratan itu muncul.


Masyarakat korea mengaitkan kejadian ini dengan sebuah kampung di Pulau Jindo yang diserang harimau dan menyebabkan penduduk lari ke pulau terdekat, Modo, untuk perlindungan.


Namun, seorang wanita tua, Pong yang tidak mampu meninggalkan kampungnya di Pulau Jindo meminta bantuan Dewa Laut yang kemudian memisahkan laut untuk wanita tua itu lari dari bahaya haiwan liar di kampungnya itu.
Walaupun dengan pelbagai fahaman dan persamaan dengan sejarah agama Abrahamik, kejadian ini sebenarnya boleh dijelaskan dengan kaedah saintifik.

Kewujudan fenomena laut terbelah ini selepas ianya ditulis dalam akhbar Perancis oleh duta negara itu, Pierre Randi sewaktu lawatannya ke Korea Selatan pada tahun 1975. Denagn itu ramai pelancong dari dalam dan luar negara datag ingin menyaksikan kejaiban tersebut



Menyaksikan hal demikian, fenomena tersebut sangat menakjubkan banyak pelancong yang lantas beramai -ramai cuba melalui daratan tersebut bila laut sedang surut. Daratan tersebut memang boleh dilalui walau ada beberapa bahagian karang dan pasir yang juga dihuni fauna laut.

Mereka menuju ke arah Pulau Modo yang dulunya menjadi satu dengan pulau Jindo. Namun pelancong hanya punya masa 1 jam sahaja, sebelum air laut kembali pasang naik dan menengelamkan kembali daratan tersebut.

Warga sekitar Korea menyebut lokasi unik itu Moses Miracle, sebab mirip dengan keajaiban Nabi Musa dulu, walau  tak sama secara definisi dan kejadiannya.

Untuk mencapai Pulau Jindo, anda harus melewati jarak 5 jam perjalanan dari bandar Seoul dengan bus jurusan Seoul-Jindo. Bas pelancongan tersebut hanya berangkat 4-5 kali sahaja bagi setiap hari, sehingga waktunya memang jadual. 

0 Response to "Fenomena Laut Terbelah Ada Di Pulau Jindo"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.