Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Enam Perkara Yang Di Sembunyikan Dari Manusia

Allah S.W.T selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendiri dan berkata:


‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Tidak’

Kemudian Jibrail berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail solat, maka Allah berfirman yang bermaksud.

‘Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan mereka melakukan dosa besar. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’

Kemudian Jibrail berkata:

‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’

Kemudian Jibrail meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail mendapat izin dari Allah maka pergilah Jibrail dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah lalu ia berkata dalam sujud:

‘Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ‘

Kemudian Allah berfirman yang bermaksud.

‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .’

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wallahua’lam.

0 Response to "Enam Perkara Yang Di Sembunyikan Dari Manusia"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.