Ketika berlangsungnya Perang Salib, pasukan tentera Eropah telah dikejutkan dengan kehebatan pedang yang dimiliki oleh pasukan tentera yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayubi.
Pedang tersebut bukan sahaja mampu menembusi baju zirah tentera salib, bahkan turut berupaya memotong pedang pihak musuh.
Inilah pedang Damascus, senjata lagenda yang dikisahkan sebagai pedang paling tajam dan sempurna di dunia.
Sebelum meriam dicipta, sebelum psitol dan senapang menjadi sabahabat manusia, sejak zaman berzaman oleh pahlawan terdahulu. Pada ketika itu, memiliki pedang diibaratkan seperti memiliki maruah bagi seorang lelaki.
Nyawa seorang kesatria zaman silam lebih banyak bergantung pada mata pedang. Oleh kerananya, senjata telah menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada zaman itu.
Dengan kata lain, pedang yang kuat dan tajam akan sentiasa menjadi rebutan kerana ia adalah penentu hidup dan mati seorang pahlawan di medan perang.
Dan salah satu pedang yang dianggap sebagai lagenda dalam sejarah manusia ialah pedang Damascus. Ia diakui sendiri oleh kebanyakan pakar metalurgi dunia sebagai pedang paling tajam di muka bumi.
Antara ilmuwan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan Dan Sains Bahan, Iowa States University, Amerika Syarikat, Profesor John D. Verhoeven.
Dia telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan dalam edisi Januari 2001.
Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ketiga sekitar penghujung kurun ke 12.
Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jurusalem daripada cengkaman tentera salib selepas ditawan hampir seratus tahun lamanya.
Dikatakan, salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan hanya sekali libasan. Ia berupaya menembusi baju zirah, memotong pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya.
Pedang ini dianggap lebih hebat daripada pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Malah, ketajamannya turut ditafsirkan mampu membelah sutera dan rambut ketika di udara.
Secara fizikalnya, pedang Damascus ini nipis dan lentur dengan sedikit bengkok di bahagian hujungnya. Seni pembuatannya begitu halus dan pada permukaan bilahnya terdapat corak alunan mengufuk yang menunjukkan ia diperbuat daripada beberapa bahan. Alunan ini dipercayai menjadikan pedang tersebut benar-benar kukuh dan tajam.
Pedang buatan Damsyik yang turut dikenali sebagai pedang Persia telah membuatkan peradaban Barat ketika itu terdiam dan kagum. Mereka cuba mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kehebatan pedang Damascus.
Setelah beberapa siri kajian dilakukan, mereka percaya bahawa pedang ini dihasilkan daripada bahan istimewa yang diimport khas dari India sehingga membuatkan ia benar-benar kuat dan tajam.
Bagaimanapun, teknik pembuatannya begitu rahsia dan hanya beberapa orang sahaja tukang besi di Damsyik yang mampu menghasilkan pedang Damascus.
Menjelang kurun ke 21, pedang ini terus tercatat sebagai salah satu senjata lagenda dari zaman silam. Disebabkan status lagenda itu sendiri, ramai pengkaji moden telah tampil untuk meneliti sejauh mana keistimewaan pedang ini.
Pada tahun 2006, kehebatan pedang Damascus telah dibongkar oleh Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya dari Universiti eknikal Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam perang Salib.
Tiub karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa dengan kelebihan sangat tajam tetapi mudah lentur. Penemuan ini diterbitkan oleh jurnal saintifik Nature pada tahun yang sama.
Menurut Dr. Peter, kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak kepada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai Wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon yang memberikannya sifat rapuh.
Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah selsius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambahkan dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, takni tajam dan lentur.
Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap selepas kurun ke 18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi. Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas penting kepada permulaan sains bahan moden.
Pertama, campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan kedua, teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan sebilah pedang.
Bagaimanapun, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, mata tombak dan pisau buatan Dansyik yang kini sekadar menjadi bahan pameran muzium di seluruh dunia.
0 Response to "Damascus, Pedang Lagenda Paling Tajam Di Dunia"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.