Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Sejauh Mana Cinta Akim & Stacy?



Pelik.. jika sebelum ini penyanyi Akim Ahmad sudah mencanang satu Malaysia tentang hubungan cintanya bersama Stacy, muncul pula kenyataan baharu dari mulut penyanyi wanita itu bahawa dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap perhubungan mereka.

Lebih mengejutkan, Stacy meluahkan pandangan dia masih belum melihat masa depan dalam perhubungan mereka dan menyerahkan perkara tersebut kepada jodoh.
“Hubungan kami sebenarnya masih di peringkat awal dan pada asasnya bukan saya yang mendedahkan perkara itu kepada umum.
“Sebab itu saya tidak terlalu bercakap soal cinta kerana saya sendiri belum tahu arah tuju hubungan kami ini,” kata Stacy.
Baginya yang popular dengan lagu Bosan, dia bagaimanapun tidak berhak untuk menghalang Akim bercakap mengenai perhubungan mereka.
Sebelum ini, Akim pernah menyatakan bahawa keluarga masing-masing merestui hubungan mereka dan tidak menghalang untuk mereka meneruskan percintaan sekaligus membuatkan pasangan ini berani mendedahkan kepada umum selepas tiga tahun berkawan.
Dalam pada itu, timbul pula desas-desus lain yang mendakwa faktor perbezaan agama dua selebriti ini antara penghalang perhubungan mereka. 

0 Response to "Sejauh Mana Cinta Akim & Stacy?"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.