Populariti Johan sebagai salah seorang pelawak terkemuka tanah air memang tak dapat disangkal lagi. Malah sekitar Februari lalu Johan sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan merangkul 3 anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015.
Namun disebalik kejayaan tersebut, rupanya Johan dan keluarga mempunyai satu sifat yang sungguh baik hati iaitu sering mengedarkan makanan secara percuma kepada jemaah masjid. Murah rezeki Johan ye.
Sejak kebelakangan ini isteri Johan iaitu Ozyln akan memuatnaik foto makanan yang telah siap dibungkus pada setiap hari Jumaat.
Bertuah betul siapa yang solat di masjid tersebut kan, mana tidaknya ada nasi Arab, nasi lemak, nasi ambeng, nasi tomato dan bihun goreng.
Sejujurnya kami kagum dengan sifat pemurah yang ditunjukkan oleh Johan sekeluarga. Walaupun ada segelintir ‘mulut busuk’ yang mempertikai sedekah yang dilakukan oleh mereka tapi niat murni ini tetap diteruskan.
Apa-apa pun moga Johan terus dimurahkan rezeki dan sukses dalam bidang seni yang diceburinya, amin.
0 Response to "Rahsia Johan Raja Lawak Sentiasa Murah Rezeki "
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.