Bayi kembar merupakan satu angerah dan rezeki daripada Allah SWT. Bercakap tentang kelahiran bayi kembar ini, ada seorang ibu mengalami satu persitiwa yang dianggap unik dalam dunia ini. Bayi yang dilahirkan adalah kembar. Bagaimanapun, proses bersalin itu berlaku di dalam dua negara yang berbeza. Bagaimana ya boleh terjadi sedemikian rupa? Difahamkan, terdapat masalah untuk proses kelahiran kembar yang kedua. Oleh itu, doktor meminta ibu bayi kembar tersebut mendapatkan rawatan di hospital lain.
Sepasang bayi kembar dilahirkan di dua negara yang berbeza. Seorang ibu melahirkan bayi laki-lakinya di Inggeris dan bayi perempuannya di Scotland.
Saat ini sepasang bayi kembar unik tersebut merayakan ulang tahun pertamanya. Walaupun bayi kembar yang bernama Dylan Joseph dan Hannah Rose lahir kurang dari dua jam, tapi mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza.
Sang ibu, Donna Keenan, sedang mempersiapkan untuk ulang tahun pertama mereka dengan memakaikan pakaian khusus yang dibuat untuk memberikan penghormatan kepada tempat kelahiran masing-masing si kembar.
Wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa dia membelikan Hannah gaun tartan dan membelikan baju bergambar Singa Inggeris untuk Dylan.
“Saya membelinya beberapa pakaian lucu untuk mereka dan akan dipakai di hari ulangtahun mereka,” ujar Donna, seperti dikutip Daily Mail.
Awalnya Donna menonton final Euro antara Itali dan Sepanyol pada 2012 silam. Saat itu mereka tidak punya masa untuk pergi kerumah sakit, sehingga paramedik yang datang ke rumah mereka di Inggeris untuk membantu persalinan Dylan.
Namun, kerana dia akan melahirkan bayi kembar, maka doktor berkeras meminta Donna untuk pergi ke rumah sakit untuk kelahiran bayi kedua itu. Kemudian mereka harus menempuh perjalanan panjang melintasi sempadan Scotland, untuk menuju ke Hospital Umum Borders di Melrose, Scotland.
Sang ayah, Joe Fox, berkata bahawa bayi kembarnya ini akan sering bersaing seperti permainan bola sepak.
“Saya seorang peminat bola sepak jadi saya yakin akan ada beberapa persaingan ketika mereka tumbuh dewasa,” ungkap lelaki berusia 25 tahun ini.
Pasangan kekasih itu juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun, bernama Jessica.
0 Response to "Pelik! Bagaimana Bayi Kembar Ini Dilahirkan Dalam Dua Negara Berbeza"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.