SEORANG wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkifli, 46 terkejut apabila gambar selfienya bersama juruterbang nahas helikopter, Kapten Clifford Fournier, disalah erti hingga menjadi viral di media sosial.
Ini ekoran daripada ramai pengguna media sosial menyatakan dirinya adalah pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang semalam.
Akibatnya dia yang merupakan Penolong Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Projek Khas, Eagle Air Charter menerima banyak panggilan dan pesanan ringkas daripada rakan serta keluarga.
Isu menjadi lebih kritikal, apabila gambar viral selfie itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen yang melaporkan Dzuriasikim sebagai pembantu juruterbang yang turut terkorban dalam nahas itu.
Gambar itu disalah erti oleh ramai pengguna sosial selepas dia menukar gambar profil dirinya ‘berselfie’ bersama Kapten Fournier dalam akaun Facebook.
Dia berharap agar gambar tersebut tidak disalahgunakan kerana tujuannya memuat naik gambar kenangan tersebut hanya ingin menyatakan kesedihan atas kematian rakan akrabnya itu.
Dalam pada itu seorang pengguna sosial, Amluddin Yusof yang juga merupakan rakan Dzuriasikim turut menegaskan dalam ruangan komen sebuah laman Facebook bahawa rakannya itu masih hidup dan bukan seorang co-pilot.
Nahas helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang semalam menggemparkan negara apabila ia turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
0 Response to "Nahas Helikopter: Foto Selfie Bersama Pilot Disalah Sangka"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.