Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Luahan Seorang Isteri Kematian Suami kerana Dibelasah Hingga Mati


Sebelum ini kita terdengar lelaki dibelasah hingga mati tanpa usul periksa ataupun salah paham. Kebanyakkan perkara begini terjadi apabila manusia meletakkan undang-undang di tangan mereka.


Beberapa hari lepas perkara begini terjadi kepada Mangsa yang tinggal di Kampung Chendering. Mangsa dikatakan telah meninggal dunia apabila dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk rawatan kecemasan pada jam 3.30 petang 14 April 2015

Mangsa telah dibelasah teruk penduduk kampung kerana disyaki mencuri lembu di Kampung Pengkalan Maras, Terengganu


Oleh demikian seorang pengguna laman sosial telah tampil menceritakan keadaan kejadian sebenar yang berlaku. Pengguna laman sosial mengatakan tindakan menghukum mangsa  adalah tindakan terburu-buru kerana kejadian itu hanya berpunca daripada salah faham. Dan menafikan Arwah mencuri lembu tersebut

Dengan kejadian tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam dan kesan tragis kepada isteri mangsa. Beliau meluahkan perasaan sayu dan rindu terhadap kehilangan arwah suaminya dan meceritakan kenangan beliau bersama suaminya. luahan tersebut dimuatnaikkan di status media sosial Facebook beliau

Mangsa meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak kecil.

"Selamat hari lahir yang ke 29 buat suami tersayang (Amir) dan selamat kembali ke rahmatullah pada 14 April 8.30 malam. Semoga berada di kalangan orang yang beriman.

Selama perkenalan kita 7 tahun, Ummi happy dan bahagia sangat dengan Abie. Terima kasih jaga Ummi dengan Fina selama ini walaupun perkahwinan kita baru dua tahun. Tuhan lagi sayangkan Abie. Ummi redha dengan ketentuanNya.

Ummie bagi hadiah untuk Abie, anak nombor dua untuk Abie dan Afina. Insya Allah Ummi jaga Afina dan adik sebaik (mungkin) supaya jadi anak solehah dan soleh walau tanpa Abie di sisi.

Ummi kena kuat untuk anak-anak kita. Terima kasih sebab ajarkan Ummi untuk kuat macam sekarang ni. Buat yang mengenali Amir, tolong maafkan dan halalkan segala-galanya. Al-fatihah,"


Menurut laporan media, 5 suspek penduduk kampung yang dipercayai terbabit memukul mangsa telah ditahan Polis. Semoga ada keadilan buat mangsa dan keluarga mangsa.

Kita doakan isteri Amir tabah dan kuat mengaharungi liku-liku kehidupan membesarkan anak-anak yang masih kecil kerana itu semua ketentuan ALLAH dan harap mereka yang terlibat akan dihukum dengan setimpal dengan apa dilakukan 

0 Response to "Luahan Seorang Isteri Kematian Suami kerana Dibelasah Hingga Mati "

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.