12 jam yang lalu, Hilmi Syukran memuat naik sebuah status yang menyedihkan di laman Facebooknya yang mendapat 1,240 shares.
Status mengenai seekor kucing terbiar yang dijaga olehnya terpaksa 'ditidurkan' kerana enggan melihat kucing itu terus menanggung derita yang tidak terkata.
Difahamkan, kucing yang diberikan nama Oyen atau Oren itu, berkemungkinan telah dilanggar oleh kereta dan tulang belakang kucing ini patah teruk menyebabkan kedua-dua kaki, ekor dan urinary sudah tidak berfungsi, pendek kata lumpuh.
Ditambah pula dengan penyakit kurap di badannya sudah mencapai tahap kronik yang membuatkan Oyen susah nak menguruskan dirinya.
Hilmi dan rakannya membawa Oyen ke klinik veterinar dan doktor memberikannya dua pilihan sama ada menjalani pembedahan dengan peluang untuk hidup yang sangat tipis serta terpaksa memotong kedua-dua belah kakinya atau 'tidurkan' Oyen.
Enggan melihat Oyen terus menderita, Hilmi memilih untuk 'menidurkan' Oyen dan kucing itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.10 pagi.
Bukan mudah untuk Hilmi membuat keputusan 'menidurkan' Oyen.
"Saya minta maaf pada semua yang follow up kucing malang ini dan saya minta maaf sebab tak mampu nak selamatkan dia. Saya minta maaf sangat-sangat," katanya.
Baca luahan hati dan kenangan Hilmi bersama Oyen di bawah;
Aku ingat lagi..
Orang panggil kau kucing batu, sbb kurap kt telinge kau dah keras mcm batu. Tapi aku tak kisah, sbb aku tahu kau kuat berjuang teruskan hidup. Mata kau due due bernanah, sebelah buta. Tp kau hebat. Pukul 5 pagi selalu nampak kau cari sisa makanan dlm tong sampah, bile dtg kucing jantan lain pandai je kau smbunyik dlm tu.
Aku ingat lagi..
Kau suke sangat kalau dpt mkn ayam. Aku kalau nampak kau kt bawah saje je aku x turun, aku panggil, aku campak ayam. Berlari kau pergi ambik, sesekali tgk kt aku. Kau paling suke tengkuk ayam. Sejak aku tahu, aku beli nasi bungkus lauk ayam je mesti aku cari tengkuk lebih, simpan utk kau.
Kau lah member aku !
Kau ajar aku utk jadi mcm kau. Kuat, walaupun dlm keadaan sakit, rebah, org kutuk org cerca mcm mana pun kita, kuat dan teruskan berjalan. Kau ajar aku erti kehidupan.
Ini hari, last kau bercakap last kau pandang aku. Even dlm keadaan sakit dan nak ditidurkan pun kau still nak jenguk muke aku kan, nak mengiau. Kau nk cakap terime kasih ea ?
Tak pe oyen.
Nanti kite jumpe kt depan Allah,
Kite borak panjang-panjang okay.
Tolong aku tau nanti.
Hari ni dah sembap muke aku. Dah merah mata aku. Aku doa sungguh2 dkt Allah, spy aku nak jumpe kau dkt akhirat oyen. Aku nak jumpe kau lagi, ingat tu.
Dah..
Tidurlah oyen.
Kalau kau bangun, kau sakit.
Rehatlah sepuasnya.
Aku tunggu kau oyen.
Aku jaga kau jangan risau.
Takde dah org akan " zalimi " kau lagi.
Tunggu aku menyusul oyen !
Selamat malam.
Rehat tau !
- OYEN DALAM KENANGAN
0 Response to "Luahan Hati Lelaki Meratapi Pemergian 'Kucing Batu'... [Sediakan Tisu Sebelum Baca!]"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.