Terasa kerdil diri ini apabila mendengar luahan seorang imam yang dikenali sebagai Hafiz Suratman.
Ceritanya mengenai sifat istiqamah warga asing dari Bangladesh dalam menjalankan ibadah menimbulkan keinsafan pada diri.
Meskipun diuji dengan kepayahan hidup dan perlu merantau meninggalkan keluarga tercinta dalam mencari rezeki di negara orang, mereka tidak pernah lalai dalam menunaikan kewajiban sebagai penganut Islam.
Lebih memalukan, apabila melihat bangsa sendiri sibuk dengan urusan duniawi hingga langsung tiada masa menjejakkan kaki ke rumah Allah.
“Saudara-saudara Bangladesh saya inilah makmum paling istiqomah semenjak jadi imam disini, yang kawasan surau dikelilingi Islam Melayu. Moga Allah beri hidayah.
“Subuh mereka paling awal sampai, mereka yang azan, mereka yang tunggu jemaah.
“Kita kena fikir risau, apa bala yang dah jadi Allah beri sampai hilang semua pemuda pemudi kita nak solat jemaah. Jangan kita dipersoalkan Allah kemudian hari atas kelemahan dakwah ini. Allah Allah.
“Orang badan sado gym depan ini bila azan depa masih angkat besi, moga Allah beri hidayah.
“Bangladesh-Bangladesh baju pink nampak lembut pula solat lima waktu jemaahnya. Subhanallah inilah orang-orang kuat Islamnya.”
Dalam pada ramai yang memandang rendah terhadap golongan warga asing ini, tak mustahil insan yang kekurangan dari segi material mungkin lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding kita sendiri.
Moga diambil iktibar daripada kisah ini.
0 Response to "Lelaki Melayu Sibuk Ke Gym, Mat Bangla Pergi Masjid"
Post a Comment