Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

Lelaki curang? Itu biasa. Lelaki memang tabiatnya mengurat. Pantang tengik perempuan dahi licin, semua dia nak try.





Sedihnya, perempuan yang jadi mangsa. Tertipu dengan godaan suami orang. Terpedaya dengan sikap suami yang pijak semut tak mati bila di depan isteri, tapi ligatnya nauzubillah bila dibelakang isteri.

Lebih parah, alasan lelaki zaman sekarang berlaku curang cukup sukar diteka. Lihat sahaja bekas suami Halle Berry, Eric Benet, apabila sanggup meninggalkan salah seorang wanita tercantik dan berjaya di Hollywood.

Atau Hugh Grant yang memilih untuk berasmara dengan pelacur jalanan sedangkan dia memiliki kekasih jelita seperti aktres Elizabeth Hurley.

Menurut kajian, lelaki Perancis merupakan pencinta terbaik di dunia. Malangnya cinta mereka bukan cinta sejati.

Kajian mengenai kecurangan yang dilakukan oleh French Institute of Public Opinion (IFOP) mendapati seorang bagi setiap dua lelaki dinegara itu mengaku curang terhadap isteri masing-masing.

Keadaan itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Rakyat Perancis sememangnya terkenal dengan sikap curang sejak tahun 1970an lagi. 

Ketika itu, kadar kecurangan di negara itu adalah 19 peratus. Kini peratusan itu meningkat dengan ketara apabila 55 peratus daripada warga lelaki di negara itu mengaku mencurangi pasangan mereka.

Jadi, lelaki Perancis sangat bertuah. Sekurang-kurangnya itulah yang dialami Presiden Francois Hollande apabila skandalnya bersama aktres jelita, Julia Gayet, didedahkan oleh majalah Closer awal tahun ini, rakyatnya langsung tidak menyalahkannya.



Bagi mereka, adalah normal bagi seorang lelaki untuk berlaku curang terhadap pasangannya. Malah, kajian mendapati warga Perancis adalah golongan paling mudah memaafkan individu curang.

Lelaki di India juga sama. Tinjauan global laman web persahabatan dan temu janji, Cupidbay.com, mendapati 49 peratus lelaki di negara itu mencari peluang untuk menjalinkan hubungan seksual secara aktif di internet.

Berada di kedudukan seterusnya adalah lelaki Pakistan. Seramai tujuh peratus suami berketurunan Pakistan menggunakan internet untuk mencari temu janji membuat hubungan di luar pernikahan.

Ini diikuti lelaki Mesir dan Arab Saudi yang mencatat enam dan lima peratus.

Di Indonesia pula, kira-kira 25 peratus daripada lelaki berkahwin didapati berlaku curang terhadap pasangannya.

Data itu diperolehi menerusi kajian mengenai kecurangan yang dilakukan oleh Universiti Indonesia, pimpinan pakar psikologi, Yudiana Ratnasari.

Kebanyakan kes curang itu melibatkan para suami di kota besar seperti Jakarta yang telah berkahwin lebih dari sepuluh tahun.

Lelaki Belgium pula sangat bertuah kerana dibenarkan curang. Bagi rakyat negara itu, memiliki kekasih bukanlah satu kesalahan bagi lelaki berkahwin.

Suami boleh melakukannya tanpa perlu berahsia daripada isteri. Curang dibenarkan kerana kekasih dianggap sebagai antidepresen atau terapi yang boleh menghilangkan stres bagi lelaki.

Jika lelaki Perancis dan India dicap sebagai lelaki curang, lelaki Korea pula dikenal pasti sebagai lelaki paling setia. 

Kenapa? Ini kerana kerajaan Korea memantau penggunaan telefon bimbit dikalangan warganya. Setiap data dan aktiviti penggunaan telefon dirakam oleh kerajaan.

Jadi, apabila lelaki berlaku curang, isteri boleh melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan meminta dibukakan rakaman percakapan serta SMS telefon bimbit suami mereka.

Semua data tersebut boleh dijadikan bukti kukuh dalam perbicaraan perceraian. Apabila terbukti mereka benar-benar curang, semua harta akan menjadi hak isteri dan anak-anak sepenuhnya tanpa sedikit pun diberikan kepada bekas suami. Inilah yang ditakuti oleh lelaki Korea.

Tidak seperti lelaki di negara Eropah yang lain, lelaki Ireland tergolong dalam kelompok setia. Mereka menyanjung ikatan perkahwinan dan menentang hubungan tanpa pernikahan.

Mereka percaya perkahwinan bahagia yang ditunjangi kesetiaan akan membuatkan lelaki memiliki tahap kesihatan yang baik, panjang umur dan kurang stres.

Bagaimana pula dengan lelaki Malaysia? Adakah mereka pencinta setia seperti lelaki Korea atau kasanova bak lelaki Perancis? Tepuk dada tanya minda!

Jika benar-benar setia, tak mungkin ada kes seperti pembunuhan Noritta Samsuddin atau kes pembunuhan seorang pensyarah beristeri, Bakaruddin Busu, yang rentung dibakar oleh teman lelaki kekasihnya.

Jika tak setia pula, takkan ada perkahwinan seutuh Datuk Jamil Sulong dan Datuk Rosnani Jamil yang usia perkahwinan mereka mencecah 60 dekad! Jadi fikir-fikirkanlah!

Makin tua makin menjadi

Dalam melakukan kecurangan, usia bukan penghalang bagi lelaki. Kecurangan sering berlaku dikalangan lelaki muda. Namun, itu bukan bermakna lelaki berusia tidak berlaku curang.

Lelaki pertengahan usia curang kerana ingin mengembalikan kegembiraan atau mendapatkan kembali keyakinan yang semakin hilang akibat pertambahan umur.

Atas sebab itulah, tinjauan sosial American Sexual Behaviour mendapati, suami berusia 40, 50 dan 60 tahun masih berlaku curang. Bak kata pepatah, tua-tua keladi, makin tua makin menjadi.

Statistik juga menunjukkan bahawa lelaki kacak lebih cenderung untuk berlaku curang. Namun, bukan bermakna lelaki kurang tampan tidak akan curang. Bahkan, ramai lelaki muka pecah memiliki teman wanita.

Kenapa? Kerana mereka bijak memancing wanita dengan kekayaan dan pengaruh yang mereka ada.

Satu lagi persoalan dalam menghadapi masalah lelaki curang adalah keturunan. Benarkah bapa borek anak rintik? Mungkin ya, mungkin tidak..

Memang benar ada lelaki yang menjalinkan hubungan dengan ramai wanita kerana bapanya memiliki ramai kekasih atau isteri lebih daripada satu.

Namun, ada juga lelaki yang setia pada seorang isteri meskipun dia didedahkan dengan suasana itu sejak kecil lagi.

Sebenarnya, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk melakukannya. Jadi, siapa paling curang?

Fikir dan nilaikan sendiri!

0 Response to "Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?"