Penyanyi Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 28, akhirnya membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengikut di laman sosial yang mengutuk anak sulungnya, Khaleef Dayyan baru-baru ini.
Menurut Black, tindakan yang diambilnya itu adalah sebagai peringatan kepada peminat di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya mengutuk di laman sosial artis.
Memetik Berita Harian, Black berkata, “saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.”
“Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen,” katanya.
Sekiranya individu yang dimaksudkan itu tidak membuat permohonan maaf terbuka terhadap Black sekeluarga, Black mengatakan dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.
“Saya dikritik masyakat sehingga menyebabkan fikiran saya terganggu. Saya juga terlepas sebuah tawaran gara-gara komen yang kedengaran agak kasar itu. Jadi, saya ingin mencari individu berkenaan sampai dapat dan meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya lagi.
0 Response to "Kes Anak Dihina, Black Buat Laporan Polis"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.