Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Isteri Beri Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun Pertama Viral Di Facebook



Seorang isteri memuat naik 'hadiah istimewa' buat suaminya bersempena ulangtahun pertama perkahwinan mereka yang telah menjadi viral di media sosial.

Mana tidaknya, baru sahaja genap setahun berkahwin tetapi hadiahnya ternyata terlalu indah dan tiada ayat yang sesuai untuk mengambarkan betapa terkejutnya kami membaca pendedahan si isteri itu.

"Genap setahun usia perkahwinan kami. Nakal saya, buruk saya, jahat saya, suami saja yang tahu. Saya benarkan dia kahwin lagi satu sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami. Heehee.." katanya.


Wah!! Alangkah bertuahnya si suami mempunyai si isteri yang tidak 'kedekut' untuk mengizinkannya berkahwin lagi.

Namun, tidak diketahui sama ada perkara itu benar ataupun tidak.

Walaupun hadiah seumpama itu dikejar oleh setiap suami di luar sana, ada juga yang menolak hadiah seperti ini.

"Kalau saya, saya takkan terima. Isteri suruh kahwin tiga pun saya tetap tidak akan terima. Ingat senang ke nak jaga?" katanya.

"Isteri seorang pun belum tentu terjaga semua. Jangan fikir dunia saja. Di dunia ini paling lama pun 70 tahun saja kita hidup. Kalau akhirat, selamanya. Kalau dah bagi makan cukup pakai semua barulah boleh nak tambah ke apa ke," bebelnya.

0 Response to "Isteri Beri Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun Pertama Viral Di Facebook"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.