Medina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana perubahan saiz perut. Beliau awalnya dianggap mempunyai ketumbuhan, tetapi para doktor mengatakan hal yang sangat mengejutkan, Lina dikatakan sedang hamil 7 bulan. Dr Gerardo Lozada kemudian membawanya ke Lima, Peru, untuk kajian terhadap masalah yang aneh ini.
Satu bulan setengah kemudian, pada tarikh 14 Mei 1939, Lina melahirkan anak lelaki dengan cara pembedahan caesar. Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada, Dr Busalleu, dan Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale. Anak Medina dilahirkan dengan berat 2.7 kg dan diberikan nama Gerardo seperti nama doktornya.
Gerardo menyangka bahawa Lina adalah kakaknya, namun pada usia 10 tahun beliau baru mengetahui Lina adalah ibunya. Dia membesar sihat namun pada tahun 1979 beliau meninggal pada usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang.
Semasa dewasa, Lina bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr Lozada Lima, yang memberinya pendidikan dan membantu meletakkan anaknya ke sekolah tinggi. Medina Kemudian berkahwin dengan Raúl Jurado.
0 Response to "Ibu Paling Muda Berusia 5 Tahun Mengandung!"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.