Gambar asal adalah sekeping poskad menceritakan suasana Tanah Melayu Sekitar Tahun 1920-an.
Mungkin ketika itu gambar ini diambil oleh orang British dan menjadikan ia sebagai poskad untuk menggambarkan rupa masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu.
Penulis dapat gambarkan ketika itu musim durian dan penduduk Tanah Melayu tak terlepas peluang untuk menikmati keenakan buahan pada masa tersebut.
Jika anda perasan, cuba perhatikan budak tu memakai songkok, tetapi songkok dia agak berlainan dan jauh sekali dengan rekaan songkok yang kita pakai pada masa sekarang.
Untuk pengetahuan anda, inilah songkok asal orang Melayu.. Senang cakap orang dulu panggil lepat buruk lah.. ahaha!
Songkok ini jika zaman dahulu, memang sebahagian pakaian lazim bagi masyarakat Melayu, pergi mana-mana sahaja mesti pakai songkok, jauh beza dengan zaman sekarang yang hanya mengenakan songkok pada waktu-waktu tertentu sahaja terutamanya Hari Raya dan ketika solat…
Cakap pasal lepat buruk teringat pula pada filem komedi karya Allahyarham Tan Sri P.Ramle iaitu DoReMi(1966)
0 Response to "Foto 4 Orang Budak Melayu Pada Tahun 1920"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.