Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Bercakap Dengan Pocong



Pada satu hari, ketika itu di waktu malam yang sungguh hening.. Seorang jejaka sedang menolong emaknya mencuci pinggan di dapur. Sinki di rumahnya terletak berhampiran dengan pintu belakang dan berhadapan dengan tingkap.

Dari sudut tingkap itu ternampaklah cahaya yang samar-samar hasil pancaran lampu neon rumah sebelah. Suasana ketika itu memang dirasakan dapat membangkitkan bulu roma.. Dia pun tidak tahu kenapa dia rajin sangat untuk mencuci pinggan ketika itu.. Dilihatnya pula pinggan yang dicucinya tidak habis, malahan makin bertambah-tambah pula. Tapi dia tak perasan siapa yang menambah pinggan-pinggan itu... 

Segala persoalan dia abaikan begitu sahaja.. Dia terus mencuci pinggan sambil mendendangkan lagu Drama King oleh Meet Uncle Hussin ft Black. Sedang dia berdendang, tiba-tiba pintu belakang rumahnya di ketuk.. Ketukan itu langsung tidak diendahkan olehnya. Ketukan pintu masih terus berlangsung dengan berselang seli.. Lama kelamaan dia mengambil keputusan untuk membuka pintu walaupun jauh dalam lubuk hati sanubarinya mengatakan jangan dibuka pintu itu.. 

Hanya beberapa langkah sahaja yang diambil olehnya untuk menuju ke arah pintu itu. Dia terus memulas tombol pintu  dan pintu itu dikuak seluas-luasnya. Maka terlihatlah di depan matanya  susuk tubuh yang memakai baju seragam putih lusuh berikat-ikat, wajahnya pula hitam tidak jelas.


Dia tergamam melihat susuk tubuh itu. Lalu terpancullah kata-kata dari mulutnya..

Dia: Mahu apa kau ke sini..
Pocong: Aku ke sini ada tujuan. Tujuan aku adalah untuk bertemu dengan engkau. Tuan aku dah mati 10 tahun lepas. Sekarang ni aku tidak bertuan, aku kesini untuk memohon kau menjadi tuan aku.. Tolonglah jadi tuan aku.. Aku merayu...

Dia tidak mahu menjadi tuan kepada pocong itu. Namun keengganannya langsung tidak diendahkan oleh pocong itu. Pocong itu terus merayu, dan terus merayu..

Dia:  Aku tak sudi menjadi tuan kau.. Baik kau pergi dari sini. kembalilah ke tempat asal kau. pergi pergi
Pocong: Tolonglah jadi tuan aku.. Aku merayu...

Lantas dia terus membaca ayat kursi. Dibaca dengan sepenuh hati yang bertujuan untuk menghalau pocong itu. Sedang dia membaca kalimah allah itu. Terasa badannya seperti digoncang-goncang. Rupanya Ibunya yang menggerakkan badannya kerana dia tidur meracau-racau.. Kata ibunya "dah setengah jam mak cuba kejutkan kamu. Tapi kamu tak terjaga juga.. kamu mimpi apa ni.." "Tak ada apa mak, cerita esok je la" katanya sambil mengucap.

Sebenarnya entri ini adalah olahan dari mimpi yang aku alami beberapa bulan yang lalu. Ketika itu aku bercuti di kampung. Aku terjaga dari mimpi itu sebelum pukul 3 pagi.. Keesokannya aku bertanya dengan mak apakah petanda mimpi yang aku alami ini.. Boleh pula pocong datang rumah mintak aku jadi tuannya. Gila apa.. Tapi mak kata itu semua mainan tidur.. Harap jangan ada apa-apa la.. 

Sempat juga aku bertanya dengan atuk, katanya mimpi itu betul-betul punya. Pocong tu memang tak bertuan dan sedang berkeliaran mencari tuan baru. Nasib baik aku tak nak jadi tuan dia dalam mimpi tu.. kalau tak masak aku...

**************



Meremang bulu roma semasa menaip entri ni

0 Response to "Bercakap Dengan Pocong"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.